Anda punyai anak pelihara? Risau akan masa depan dan perbelanjaan mereka? Kini, anda boleh mendapatkan bantuan RM250 bagi seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan bagi sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak ataupun lebih.
Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Selain itu, ianya juga dapat meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Oleh itu, tanpa berlengah lagi, mari kita teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan di bawah:-
NAMA BANTUAN
KADAR BAYARAN BANTUAN
- RM250 sebulan seorang kanak-kanak.
- Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
CARA PERMOHONAN
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN :-
- Layari laman web ebantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)
- Klik Daftar Permohonan atas Talian
- Masukkan no kad pengenalan
- Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
- Hantar permohonan.
- Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;-
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
MAKLUMAT LANJUT
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya.
Sila sebarkan iinformasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.