Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan i-Fitri yang telah dibuka permohonan bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan i-Fitri
Bantuan i-Fitri pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai sebanyak RM250 hingga RM400 (berdasarkan kadar tahun lalu) yang diperkenalkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk tahun 2023, pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 secara one-off
Syarat Kelayakan Bantuan i-Fitri
Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan;
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK;
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
Tarikh Bayaran i-Fitri 2023
Cara Membuat Permohonan
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini perlu dibuat secara dalam talian di sistem i-Bantuan.
Bantuan ini dibuka bermula 19 Mac – 31 Mac 2023
Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh menghubungi hotiline negeri di 01153681120 atau 01115265561
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.