Untuk pengetahuan anda, semasa pembentangan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana golongan isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan miskin tegar sebanyak RM500 selama tiga bulan bermula pada bulan Ogos 2021.
Untuk makluman, Bantuan Khas Covid-19 ini akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan golongan bujang di seluruh Malaysia. Sila ikuti segala maklumat di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini.
APAKAH MAKSUD MISKIN TEGAR?
Untuk pengetahuan anda, golongan miskin tegar adalah individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM500 dan pendapatan perkapita adalah RM100.
Selain itu, miskin tegar juga adalah termasuk dalam golongan rentan iaitu golongan yang merupakan terdedah kepada risiko kemiskinan, keselamatan dan kesihatan di Malaysia.
KADAR BANTUAN
Pihak kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40.
Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah – RM1,300
- Bujang – RM500
Kategori Golongan B40
- Isi Rumah – RM800
- Bujang – RM200
Kategori Golongan M40
- Isi Rumah – RM250
- Bujang – RM100
CARA PEMBAYARAN
- Fasa 1 – Ogos
- Fasa 2 – November
- Fasa 3 – Disember
CARA MEMOHON
Untuk bantuan ini, masih belum terdapat sebarang info yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kami akan umumkan dan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa jika sudah terdapat pengunguman rasmi daripada pihak kerajaan.