RASMI: Bayaran Fasa Kedua Telah Mula Dikreditkan!

RASMI: Bayaran Fasa Kedua Telah Mula Dikreditkan!

Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA.

Berikut adalah perincian bantuan.


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.

Baca Juga:

  1. Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200
  2. Bantuan Kewangan RM350 Untuk Bujang Tahun 2023
  3. Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 2


Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan



Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:

Pekebun Kecil RISDA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  3. Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja


Penoreh Bukan Pemilik

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah


Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.