Rumah Mesra Rakyat RMR 2023: Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Baca Juga:
- Rumah Mesra SMJ : 1,500 Rumah Percuma Sabah
- Cara Claim Baucar Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia
- Bayaran Tambahan STR Fasa 4 : Senarai Penerima & Jumlah Bayaran
Rumah Mesra Rakyat RMR
RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah
Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat RMR
Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
Keluasan Rumah 750 KPS (Semenanjung)
- Harga: RM75,000
- Subsidi Pembinaan: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: RM55,000
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Keluasan Rumah 750 KPS (Pulau di Semenanjung)
- Harga: RM85,000
- Subsidi Pembinaan: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: RM65,000
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
- Harga: RM75,000 – RM106,000
- Subsi Pembinaan: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470
Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat RMR
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR:
Secara Online
- Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
- Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
- Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
- Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
- Lengkapkan borang yang dikehendaki
- Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
- Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan
Secara Borang
- Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan Rumah Mesra Rakyat:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
Jika bekerja sendiri:
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Dokumen sokongan tambahan (jika ada)
NOTA:
Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
Semakan Status Kelulusan Rumah Mesra Rakyat
Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat
Tanggungjawab Pemohon
Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh menghubungi:
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
SENARAI CAWANGAN
Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my
Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507
Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my
Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my
Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my
Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my
Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?
RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat?
– Warganegara Malaysia
– Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
– Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
– Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
– Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat?
Secara Online
– Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
– Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
– Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
– Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
– Lengkapkan borang yang dikehendaki
– Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
– Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan
Secara Manual
– Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan
Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat?
– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
– Salinan kad pengenalan tuan tanah
– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah pemohon
– Borang laporan tapak bergambar
Jika bekerja sendiri:
– Penyata bank 3 bulan terkini
– Pendaftaran Perniagaan (SSM)
– Dokumen sokongan tambahan (jika ada)
Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
Apakah sebab permohonan ditolak?
Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
– Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
– Tapak cadangan tidak sesuai
– Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan
Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.
Bolehkah rumah mesra rakyat diubahsuai?
Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik?
Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.
Bagaimana membuat pembayaran bulanan?
Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.
Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?
Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.