Rumah Mesra SMJ 2024 : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Rumah Mesra SMJ 2024 : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Kerajaan Sabah telah melancarkan program Rumah Mesra SMJ sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan menyediakan kediaman mampu milik bagi golongan B40.

Pelancaran program ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.

Apa itu Rumah Mesra SMJ?

Pemberian rumah secara percuma kepada rakyat dengan rumah yang bernilai RM80,000 seunit. Rumah Mesra SMJ ini mengguna pakai konsep Program PPRT bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.

Sebanyak 1,500 unit RMSMJ bernilai RM80,000 bakal dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin tegar memiliki sebuah kediaman.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, rumah itu akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri tahun ini.

Sebanyak 122 unit RMSMJ telah siap dibina setakat Jun 2023 lepas, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Rumah Mesra SMJ

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit disasar dibina di seluruh negeri, dengan setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah menerima agihan kira-kira 20 buah unit.

SEDANG TRENDING :

Syarat kelayakan Permohonan RMSMJ

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan

  1. Mereka berada dalam senarai e-kasih, 
  2. Rumah rosak akibat bencana alam 
  3. Atau orang kurang upaya
  4. Mereka yang belum memiliki rumah

Fokus utama bantuan ini adalah individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan. 

Cara Membuat Permohonan

  1. Mendaftar sebagai penerima e-Kasih
  2. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah

Senarai Semak Dokumen Permohonan RMSMJ:

  • Salinan Kad Pengenalan Penerima
  • Pengesahan e-Kasih
  • Dokumen Ahli Isi Rumah (Tanggungan)
  • Salinan Geran Tanah
  • Surat Kebenaran & IC Pemilik (Sekiranya bukan nama dalam geran)
  • Gambar Kediaman Sebelum (Kediaman yang diduduki)
  • Gambar Tapak Bina Baru
  • Surat Sokongan YB
  • Lokasi Tapak
Rumah Mesra SMJ 2024 : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Apa itu e-Kasih?

Sistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan

Cara Membuat Permohonan e-Kasih

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan e-Kasih:

  • Isi borang pendaftaran e-Kasih melalui Pejabat Daerah.
  • Proses pendaftaran adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Proses Bancian akan dibuat mengikut giliran
  • Semakan status permohonan e-Kasih boleh di Pejabat Daerah

Senarai dokumen yang perlu dibawah ketika membuat permohonan e-Kasih:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan sijil lahir anak-anak.
  • Salinan Sijil Nikah / Sijil Cerai / Akuan Berkanun (Sekiranya tidak ada Sijil Nikah / Cerai)
  • Gambar Hadapan Rumah Kediaman (Tidak Kisah Menumpang atau Menyewa)

Kriteria Kelayakan Permohonan e-Kasih

Berikut adalah kriteria permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan: (Dalam Bandar : RM1500 / Luar Bandar : RM1,000)

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.