Secure2u Wajib Aktifkan Mesin ATM Bermula 31 Oktober : Maybank

Secure2u Wajib Aktifkan Mesin ATM Bermula 31 Oktober : Maybank

Maybank baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan mereka bahawa selepas ini tidak ada lagi pengaktifan Secure2u buat pertama kali melalui aplikasi MAE bermula 31 Oktober nanti, khas kepada pelanggan baru sahaja.

Langkah tambahan itu dibuat adalah sebagai keselamatan dengan mengurangi transaksi yang dibuat tanpa kebenaran dan juga penipuan online yang semakin berleluasa.

Penggunaan pengaktifan Secure2u sendiri melalui ATM membolehkan pelanggan mengawal proses pengesahan perbankan dalam talian mereka dengan lebih baik, dengan pengesahan identiti secara fizikal di ATM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Datuk John Chong

Perubahan ini juga akan memberi kesan kepada pengguna lama yang ingin mengaktifkan pada peranti baharu mereka juga sebagai langkah pengesahan tambahan dalam terus meningkatkan sekuriti, sesuai dengan piawaian sekuriti terbaru Bank Negara Malaysia.

Makluman secure2u terbaru dari pihak Maybank
Makluman terbaru dari pihak Maybank

Cara Mengaktifkan

Cara pengaktifan Secure2u hanya dengan dua langkah mudah :

  1. Daftar Secure2u dalam aplikasi MAE
  2. Aktifkan Secure2u dengan nombor PIN kad debit, kredit, di mana-mana daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara, mengikut keselesaan anda
  3. Pada menu utama skrin ATM, pilih pada “Secure2U Activation”, dan ikut arahan pada skrin
Cara pengaktifan
Cara pengaktifan

Selepas mengaktifkan di mesin ATM, pelanggan perlu menunggu selama 12 jam sebelum melakukan apa-apa transaksi. Ini adalah sebagai tempoh bertenang dan tempoh pihak Maybank membuat kajian akaun anda sekiranya corak akaun anda mempunyai trend penipuan dan corak transaksi secara berterusan.

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Langkah Keselamatan Online

Sebagai pengguna aplikasi perbankan online, anda disarankan untuk mengikuti tiga langkah berjaga-jaga ini untuk melindungi diri daripada scammer :

  1. Jangan klik/tekan pada pautan daripada sumber yang tidak diketahui dan meragukan.
  2. Jangan memuat turun sebarang aplikasi terutamanya APK files dari mana-mana pautan dan laman web tidak rasmi.
  3. Hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang rasmi seperti Google Playstore atau Apple Apps Store.
  4. Jangan berkongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan sesiapa.
  5. Guna nama pengguna dan kata laluan yang sukar dan panjang seperti mencampurkan nama, simbol unik dan juga nombor.
  6. Jangan gunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama pada laman web yang berasingan.

Bagaimana jika sudah aktifkan Secure2u sebelum 31 Oktober?

Anda tidak perlu mengaktifkan lagi Secure2u di ATM. Ini hanya kepada pelanggan baharu sahaja.

Tukar peranti baharu bagaimana?

Anda perlu melakukan pengaktifan di mesin ATM bermula 31 Oktober ini.

Apa yang perlu dibawa untuk melakukan pengaktifan?

Kad band anda seperti kad debit dan juga kad kredit.

Pengaktifan Secure2u untuk kad MAE E-Wallet bagaimana?

Hanya perlu melakukan pengatifan melalui aplikasi MAE, kemudia ikuti langkah pada paparan skrin.

Sebagai peringatan, perubahan ini hanya akan dilaksanakan bermula pada 31 Oktober nanti. Sekiranya anda belum mengaktifkan Secure2u, anda masih boleh melakukan sedemikian hanya melalui aplikasi MAE di telefon pintar anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi Maybank untuk mengetahui berita dan kemaskini terbaru dari pihak mereka di https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/digital_banking/secure2u.page

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.