Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2024 kepada calon yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak bermula pukul 5.30 petang pada 8 Februari 2024 melalui Portal SPP.
Menurut pihak Suruhanjaa Perkhidmatan Pendidikan(SPP), calon yang telah berjaya dalam sesi temuduga dan layak untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41 secara Contract of Services(COS) adalah seramai 6,315 calon semuanya.
Kesemua calon yang berjaya melepasi tapisan ini adalah bagi memenuhi keperluan PPP di sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di seluruh negara.
Cara Semak MySPP
Calon yang sudah ditemuduga boleh membuat semakan di www.myspp.gov.my
Langkah Selepas Semak MySPP
Calon yang berjaya perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik/hospital berdekatan kerana pihak SPP akan meminta anda untuk mengemukakan Borang Kesihatan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran.
Kemudian barulah calon akan mendapat penempatan. Anda boleh rujuk Portal e-Graduan KPM untuk membuat semakan penempatan anda.
Portal e-Graduan : egraduan.moe.gov.my
TENGAH TRENDING:—————————
- Bantuan Lesen 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- 10 Punca STR Tak Lulus
- MyKasih : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
———————————————————
Maklumat Lanjut
Sekiranya ada pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
- https://myspp.spp.gov.my
- Talian Hotline mySPP :
- i) Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020
- ii) Urusan Teknikal : 03-8893 4021
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.
Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.
IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/blogrojak
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.