Tawaran MRSM Semakan Untuk Tahun 2024

Pada tahun 2024, Pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA) akan meneruskan dasar yang sedia ada dengan mengambil masuk pelajar dari golongan B40 sebanyak 60% dan memberi keutamaan kepada pelajar dari luar bandar, miskin bandar dan juga pedalaman.

Untuk ambilan tahun 2024, pihak MARA telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa semakan boleh dilakukan pada 18 Januari 2024. Ianya lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang kebiasaan MARA akan membuat pengumuman pada bulan Mac setiap tahun.

Cara Semak Tawaran MRSM Tahun 2024 – 2025

Semakan Tawaran MRSM boleh dibuat mulai jam 8.00 malam melalui portal rasmi MARA dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan pelajar.

Anda boleh melakukan semakan tawaran MRSM melalui pautan di bawah ini mengikut kategori :

  1. Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 1 :
    https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1 (Pautan hanya boleh diakses pada jam 8.00 malam)
  2. Semakan Tawaran MRSM Tingkata 4 :
    https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4 (Pautan hanya boleh diakses pada jam 8.00 malam)

Sekiranya anda ingin merujuk keputusan tawaran MRSM, anda boleh juga masuk melalui pautan di bawah:

Penting :
1. Calon yang berjaya perlulah membuat pengesahan tolak/terima tawaran MRSM dalam tempoh seminggu(7 hari bekerja) daripada tarikh surat tawaran.

2. Jika anda gagal membuat pengesahan, anda dianggap menolak tawaran MRSM. Dan keputusan adalah muktamad.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Tarikh Rayuan Masuk MRSM

Anda boleh mula membuat rayuan kemasukan ke MRSM pada 18 Januari 2024. Sila buat rayuan anda di portal rasmi MARA : www.mara.gov.my

Syarat Rayuan Masuk MRSM

Calon yang layak membuat rayuan adalah calon yang melepasi merit yang ditetapkan oleh pihak MARA iaitu sekurang-kurangnya melepasi UKKM dan ibu/bapa tidak disenaraihitam oleh pihak MARA.

Bagi ibu/bapa yang telah disenaraihitamkan oleh pihak MARA, anda perlulah terlebih dahulu membuat pemutihan status anda di Bahagian Kawalan Kredit MARA.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai keputusan tawaran MRSM dan juga rayuan, sila ke laman web rasmi MARA di www.mara.gov.my

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.