Senarai Bantuan Banjir Selangor 2021

Berikutan tragedi banjir yang telah melanda Selangor pada Disember ini, Menteri Besar Datul Seri Amiruddin Shari telah mengumumkan bantuan dan inisiatif untuk membantu penduduk yang terjejas.  Dalam sidang media pada 21 Disember lalu, Datuk Seri Amiruddin telah mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan pasca banjir bagi negeri Selangor.  Bantuan ini meliputi beberapa kategori seperti bantuan operasi, bantuan kepada mangsa yang terlibat dan beberapa bentuk bantuan lain.


Berikutan tragedi banjir yang telah melanda Selangor pada Disember ini, Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shari telah mengumumkan bantuan dan inisiatif untuk membantu penduduk yang terjejas.

Dalam sidang media pada 21 Disember lalu, Dato’ Seri Amiruddin telah mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan pasca banjir bagi negeri Selangor.

Bantuan ini meliputi beberapa kategori seperti bantuan operasi, bantuan kepada mangsa yang terlibat dan beberapa bentuk bantuan lain.

Bantuan Banjir Negeri Selangor

Berikut adalah senarai bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri:

  • Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM80 juta untuk pembinaan semula infrastruktur.
  • Sebanyak RM10,000 akan disumbangkan kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor manakala sumbangan RM1,000 akan diberikan kepada setiap keluarga mangsa banjir.

  • Pengecualian pembayaran balik pinjaman bagi peminjam dan usahawan HIJRAH yang terkesan dengan bencana banjir dengan implikasi kewangan sebanyak RM15 juta.
  • Pengecualian pembayaran bila air selama sebulan kepada semua akaun-akaun yang terkesan dengan banjir.
  • Menubuhkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat swasta, korporat dan GLC serta individu. Sebagai permulaan, Menteri Besar Selangor menyumbang satu bulan gaji kepada tabung ini.

  • Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.
  • Diharapkan bantuan yang diumumkan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan dengan banjir.


SUMBER: bantuanrakyat, Facebook YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari