STR 2024: Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Mengikut Kategori
Isi Kandungan
Majoriti rakyat mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan. Oleh sebab itu, ia telah menjadi keutamaan kepada Kerajaan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberikan bantuan sewajarnya.
Salah satunya melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua 13 Oktober 2023.
Inisiatif ini hasil daripada penyasaran semula subsidi yang membolehkan Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai STR 2024
Anda Mungkin Berminat:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4
- Bantuan MySARA RM600 : Semakan Status & Tarikh Bayaran
- Intipati Belanjawa Madani 2024
STR 2024
Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua, pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Peruntukan STR juga meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
Jumlah Bayaran STR 2024
- Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
- Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
- Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang akan disalurkan sebelum Ramadan.
- Bantuan SARA diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan selama 12 bulan.
STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini boleh rujuk dalam intipati Belanjawan 2024
Soalan Lazim (FAQ)
Berapakah Kadar Bayaran STR 2024?
Berikut adalah kadar bayaran yang telah diumumkan:
– Isi Rumah: RM3,700
– Bujang: RM500
– STR Tambahan/SARA: RM1,200
Bilakah Tarikh Permohonan STR 2024?
Permohonan akan dibuka seawal November 2023 serta permohonan juga akan dibuka sepanjang tahun 2024
Bilakah Pembayaran Fasa 1 STR 2024?
Pembayaran Fasa 1 akan bermula sebelum Bulan Ramadan
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
Tiada Anak | RM200 |
1 – 2 Anak | RM600 |
3 – 4 Anak | RM900 |
> 5 Anak | RM1200 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak | RM0 |
1 – 2 Anak | RM0 |
3 – 4 Anak | RM300 |
> 5 Anak | RM500 |
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) | RM200 |
Bujang 21 – 59 Tahun | RM0 |
Bujang OKU (19 – 59 Tahun) | RM0 |
Sementara itu, bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
Tiada Anak | RM400 |
1 – 2 Anak | RM600 |
3 – 4 Anak | RM900 |
> 5 Anak | RM1,200 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak | RM200 |
1 – 2 Anak | RM300 |
3 – 4 Anak | RM400 |
> 5 Anak | RM500 |
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) | RM300 |
Bujang 21 – 59 Tahun | RM200 |
Bujang OKU (19 – 59 Tahun) | RM200 |
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
- Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat bermula pada NOVEMBER 2023
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.