STR 2024 : Tarikh Daftar & Bayaran

TERKINI: Pendaftaran Baru STR 2024 untuk tahun hadapan kini telah dibuka. Untuk pengetahuan anda, pendaftaran STR ini akan dibuka sepanjang tahun. Namun begitu, tarikh bila anda mendaftar akan menentukan bila anda akan menerima bayaran STR 2024.

Pemberian bantuan STR kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 Bilion Ringgit yang akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual bayaran Fasa 1 iaitu minimum bayaran RM100 sehingga maksimum RM500 mengikut kategori kelayakan.

Penting

Bagi yang mendaftar sebelum 30 November 2023, anda layak untuk menerima STR Fasa 1 yang dijadualkan pembayarannya seawal bulan Februari 2024.

Dan sekiranya anda mendaftar pada 1 Disember 2023, maka anda layak untuk mendapat bayaran STR Fasa 2 yang dijadualkan pembayarannya pada bulan April dan begitulah seterusnya. Semakin lewat anda mendaftar STR, semakin lambat anda mendapatkan pembayaran STR 2024.

Ada baiknya jika anda melakukan pendaftaran dan mengemaskini maklumat anda secepat yang mungkin sebelum terlambat. Rujuk jadual di bawah.

Tarikh daftar & Pembayaran STR 2024
Tarikh daftar & Pembayaran STR 2024

Cara Daftar STR 2024

Pendaftaran boleh dibuat dengan dua cara :

  • Online
  • Manual
  1. Untuk permohonan online, sila layari laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Manakala untuk permohonan secara manual, hantar borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.

Borang percuma boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau boleh diperolehi melalui portal MySTR

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 1 2024 :

Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:

Permohonan Baru STR 2024 Kini Dibuka

Anda Mungkin Berminat:

Jumlah Keseluruhan STR 2024

“Saya mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan. Isu ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus di bantun sewajarnya.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun hadapan”

(Dato Seri Anwar Ibrahim, 2023, Petikan Belanjawan Malaysia 2024)

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  1. Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
  2. Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
  3. Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750
Jumlah Keseluruhan STR 2024

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 1 2024 mengikut kategori

STR 2024 Fasa 1 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM500
1 – 2 AnakRM500
3 – 4 AnakRM500
> 5 AnakRM500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM100
1 -2 AnakRM150
3 – 4 AnakRM250
> 5 AnakRM300

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

Jumlah Bayaran Fasa 1RM150

Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)

Jumlah Bayaran Fasa 1RM100
STR 2024 Fasa 1 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

  • Pembayaran STR Fasa 1 2024 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Semakan Status STR Fasa 1 2024

Semakan status permohonan STR Fasa 1 2024 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Semakan Status STR 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023

Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual

Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.