STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 1

STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 1

STR 2024 Fasa 1 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi yang telah dilakukan oleh Kerajaan membolehkan penambahbaikan dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Jumlah Keseluruhan STR 2024

“Saya mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan. Isu ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus di bantun sewajarnya.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun hadapan”

(Dato Seri Anwar Ibrahim, 2023, Petikan Belanjawan Malaysia 2024)

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  • Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
  • Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
  • Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750
Jumlah Keseluruhan STR 2024

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1

Berikut dikongsikan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 mengikut kategori

Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1

Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM500
1 – 2 AnakRM500
3 – 4 AnakRM500
> 5 AnakRM500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM100
1 -2 AnakRM150
3 – 4 AnakRM250
> 5 AnakRM300

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

Jumlah Bayaran Fasa 1RM150

Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)

Jumlah Bayaran Fasa 1RM100
STR 2024 Fasa 1 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Tarikh Bayaran Fasa 1

  • Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Tarikh daftar & Pembayaran STR 2024
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Semakan Status STR 2024 Fasa 1

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Semakan Status STR 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023

Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual

Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.