STR FASA 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR FASA 4: SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Anda Mungkin Berminat:

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan STR 2023:

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin: atau
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalh 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalah 21 -59 tahun; dan
  • pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepadapenerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Siapakah yang layak terima kadar tambahan RM600 STR?

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

Alamat PenerimaKaedah Pelaksanaan SARA
Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanBayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023

Cara membuat semakan status STR fasa 4?

Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR

Apakah yang dimaksudkan dengan status lulus?

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Permohonan STR saya berstatus TIDAK LULUS. Bilakah tempoh untuk Permohonan Rayuan STR?

Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat dalam tempoh sebulan mulai 03 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?

Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Rayuan STR 2023 untuk mengenal pasti Kod Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?

Sila hubungi pejabat LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut