Ramai yang tertanya-tanya berapakah kadar bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi kategori bujang
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi kateogri bujang dan kategori lain serta jadual pembayaran BKM.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 3
Untuk pengetahun anda, pembayaran BKM Fasa 3 akan melibatkan semua kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan serta kategori bujang. Jumlah bayaran yang akan diterima pada fasa 3 ini minimum RM150 sehingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Jumlah Bayaran BKM Untuk Kategori Bujang
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- RM150
Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk melihat jumlah pembayaran bagi setiap kategori.
Jumlah Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori
Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:
Cara Membuat Semakan BKM
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my