TERKINI: Bantuan Bulanan Warga Emas RM500

TERKINI: Bantuan Bulanan Warga Emas RM500

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


Syarat Kelayakan Permohonan

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM


Baca juga:

  1. TERKINI: Jumlah Bayaran BTR 2023
  2. TERKINI: Cara Mohon Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
  3. RASMI: Jumlah Bantuan BMT Dinaikkan Sehingga RM800

Cara Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun


Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

JOIN TELEGRAM RASMI: t.me/blogrojak

Dokumen Yang Diperlukan

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.



Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.