TERKINI: Permohonan Bantuan Anak Angkat Sehingga RM500 Sebulan

Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.  Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.


Jumlah Bantuan Am Persekutuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih


Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
  3. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  5. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:
  6. Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  7. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001


Cara Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun


Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.