TERKINI: Permohonan Bantuan Sehingga RM500 Sebulan Untuk OKU

Tahukah anda? Terdapat tiga bantuan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM). Bantuan ini melibatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT).  Bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

Tahukah anda? Terdapat tiga bantuan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM). Bantuan ini melibatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bayaran yang diberikan bagi setiap bantuan:

  1. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU): RM450 Sebulan Seorang
  2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 Sebulan Seorang
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT): RM500 Sebulan Seorang


Syarat Kelayakan Permohonan

Keluarga atau OKU yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU):

  1. Warganegara, bermastautin dan berkerja di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
  5. Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM


Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Tidak berupaya bekerja
  5. Pemohon bukan penghuni / pelatih Institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan secara percuma, Program Pemulihan Dalam Komuniti
  6. Sumber kewangan (pencen, perkeso, bantuan dll) bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT):

  1. Warganegara, bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit terlanta / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran anda dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan seperti

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Borang Berkaitan:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
  3. Borang Permohonan pendaftaran OKU Pindaan 2019 – Muat Turun


JOIN TELEGRAM RASMI: t.me/blogrojak.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.


SUMBER: Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat