Terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Tahukah anda? Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
Pengenalan PPRT
Baca Juga:
- TERKINI: Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
- RASMI: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023
- TEDUH: Permohonan Rumah Mampu Milik Tahun 2023
Bantuan PPRT
Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
- Orang Kelainan Upaya – OKU
- Mangsa bencana alam yang berskala kecil
- Warga Emas
- Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
- Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Jenis Kategori Rumah PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
- Penambahbaikan
- Penyelenggaraan
- Requisition
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
- Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
- Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
2) Bina Baru
Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 -Secara Online
- Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
- Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
- Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
- Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”
Atau
Anda boleh membuat permohonan secara manual – BORANG PERMOHONAN
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh layari laman web PPRT hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
- Talian Khas : 03 8000 8000
- E-mel : info@ruralink.gov.my