Semakan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka bermula 28 Mac 2022 untuk melihat sama ada permohonan kita diterima ataupun tidak memandangkan 28 Mac 2022 ini adalah tarikh pembayaran BKM.
BKM adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:
Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:
- RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
- RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
- RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
- RM400 untuk yang belum mempunyai anak
- RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
- RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- RM600
Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
Tarikh Pembayaran BKM
Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.
Cara Membuat Semakan & Rayuan Permohonan
Semakan permohonan boleh dibuat d laman web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Rayuan Permohonan BKM akan mula dibuka pada 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat telah tutup sejak 31 Januari 2022.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Tak faham nak buat permohonan bkm