Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:
Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:
- RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
- RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
- RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
- RM400 untuk yang belum mempunyai anak
- RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
- RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- RM600
Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
Tarikh Pembayaran BKM
Untuk pengetahuan anda, mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.
Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa tarikh pembayaran jatuh pada 15 Mac 2022, namun sehingga kini pembayaran masih belum dilakukan. Rakyat tertunggu-tunggu bilakah tarikh pengeluaran yang sebenar.
Jangkaan kami pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Mac ini. Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.
Kaedah Pembayaran BKM
Berikut merupakan kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):
Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit
- Pembayaran akan dikreditkan ke akuan bank terkini yang telah didaftarkan
Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit
- Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan
Tiada akaun bank
- Tuntutan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
Cara Membuat Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/