TERKINI: Senarai Bantuan Perumahan Tahun 2023

TERKINI: Senarai Bantuan Perumahan Tahun 2023

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.


Antaranya adalah bantuan-bantuan perumahan. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan perumahan ini:


Senarai Bantuan Perumahan Tahun 2023

Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2023

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

KLIK SINI untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023

Program Perumahan Rakyat (PPR) Tahun 2023

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan sebuah program untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.

Semua rumah yang dibawah dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

KLIK SINI untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR) 2023


Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

KLIK SINI untuk maklumat mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2023

TEDUH: Permohonan Rumah Mampu Milik Tahun 2023

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

KLIK SINI untuk maklumat mengenai TEDUH


Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bina rumah atas tanah sendiri bertujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Yang penting pemohon mempunyai tahun sendiri atau talah milik ahli keluarga serta jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan

KLIK SINI untuk maklumat mengenai Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

PR1MA: Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia

kerajaan telah mewujudkan sebuah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti tinggi untuk golongan yang berpendapatan pertengahan. 

Tambahan pula, salah satu objektif bagi Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) ini adalah untuk membangunkan kediaman moden, selesa dan berkualiti tinggi. Kemaskinjawatanmalaysia hanya menyiarkan bagi memudahkan permohonan anda. Berikut merupakan langkah untuk membuat permohonan bagi Rumah PR1MA tahun 2023

KLIK SINI untuk maklumat mengenai PR1MA


Rumah Ikram KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu mereka yang tidak mempunyai kediaman dan tempat berteduh akibat pandemik C19, . Program ini dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT).

Program ini bertujuan untuk membantu menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada mereka yang terkesan akibat pandemik C19 disebabkan faktor kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka tidak mampu membayar sewa yang tinggi sehingga terpaksa keluar daripada rumah yang disewa dan seumpamanya.

KLIK SINI untuk maklumat mengenai Rumah Ikram KPKT

Program Baik Pulih & Bina Baru Rumah B40

Khas untuk rakyat di negeri Perak, Yayasan Perak menyediakan satu inisiatif iaitu Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu mereka yang miskin tegar bagi membaik pulih rumah atau bina rumah baru.

Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem eKasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KLIK SINI untuk maklumat mengenai Program Baik Pulih Dan Bina Rumah B40



Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Tahun 2023

Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan lebih menarik lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

KLIK SINI untuk maklumat mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahann (SJKP)


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.