Tiktok Shop Malaysia Akan Ditutup? Ini Respon Menteri KKD

Tiktok Shop Malaysia Akan Ditutup? Ini Respon Menteri

KUALA LUMPUR : Malaysia akan meneliti tindakan yang diambil oleh kerajaan Indonesia untuk melarang transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok Shop sebelum merangka langkah sewajarnya di negara itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, dia menerima aduan daripada orang ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai tindakan itu, sambil menambah beberapa kedai besar turut membangkitkan isu persaingan harga produk yang dijual melalui platform itu.

Anda Mungkin Berminat:

Tiktok Shop Malaysia Akan Ditutup – Respon Menteri KKD YB Fahmi Fadzil

Tiktok Shop Malaysia akan ditutup? “Ramai rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barangan. Jadi, saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan kementerian meneliti asas tindakan yang diambil oleh kerajaan Indonesia.

“Saya rasa TikTok perlu tampil dan menjelaskan kerana salah satu sebab TikTok Shop diharamkan di Indonesia adalah kerana isu harga pemangsa yang mengancam usahawan tempatan di sana,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program gotong-royong di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, lapor Bernama. TikTok, kata Fahmi, juga harus menjelaskan isu perlindungan data peribadi, yang menjadi kebimbangan orang ramai apabila mereka membeli-belah di platform Tiktok Shop itu.

Tiktok Shop Malaysia Akan Ditutup? Ini Respon Menteri KKD
YB Fahmi berucap ketika program gotong-royong (Tiktok Shop Malaysia Akan Ditutup?)

“Saya rasa semua media sosial (platform) akan mengkaji gelagat pengguna, bermula daripada perkara yang kita suka kepada perkara yang kita kongsi, perkara yang kita beli dan apa yang kita tonton.

“Jadi, ada beberapa isu yang perlu diteliti oleh kementerian dan SKMM terutama dalam aspek kepenggunaan atau perlindungan data peribadi. Saya akan menghubungi TikTok tidak lama lagi untuk membincangkan (isu),” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Fahmi berkata perbincangan itu penting kerana kementerian juga menerima aduan daripada organisasi media mengenai penggunaan media sosial yang menjejaskan operasi mereka.

“Banyak syarikat tidak lagi berbelanja untuk pengiklanan melalui media (tradisional) tetapi melalui platform media sosial.

“Jadi, ia memberi kesan kepada media dan saya amat prihatin terhadap isu ini,” tambahnya.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan berkata larangan itu bertujuan menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan serta mewujudkan ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat dan bermanfaat.

Sumber : The Star

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.