Whatsapp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober 2023 ~ Ini Sebabnya!

Whatsapp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober ~ Ini Sebabnya!

Whatsapp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober

Whatsapp memaklumkan bahawa bermula 24 Oktober 2023, hanya OS Android versi 5.0 dan ke atas dan iOS 12 atau lebih baharu sahaja akan disokong platform sembang sosial ini.

Termasuklah juga KaiOS 2.5.0 dan lebih baharu, JioPhone dan JioPhone 2.

WhatsApp menyatakan sehingga kini, mereka masih menyokong telefon Android yang menggunakan OS 4.1. Kepada pengguna iOS pula, Whatsapp menyarankan penggunaan versi terkini yang tersedia.

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Menjelaskan tindakan mereka, Whatsapp menyatakan “Untuk kekal terkini dengan kemajuan teknologi terbaharu, kami turut menghentikan sokongan terhadap sistem operasi yang lama secara rutin agar sumber kami menyokong sistem operasi yang terkini.”

Jika telefon pintar anda sudah tidak menyokong WhatsApp, anda akan dimaklumkan dan diingatkan beberapa kali untuk menaik taraf peranti anda bagi terus menggunakan perkhidmatan Whatsapp.

Jadi, jika anda masih menggunakan model-model telefon pintar yang menjalankan sistem operasi terdahulu, sudah tiba masanya untuk anda memiliki model telefon pintar baharu yang menjalankan sistem operasi terkini.

Whatsapp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober ~ Ini Sebabnya!
(Whatsapp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober)

Sumber: Whatsapp

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.